The simple rules for shopping with PlushieeZone: orders, delivery, refunds and points.
Updated 15 October 2026
1About these terms
These terms apply when you shop at PlushieeZone (plushieezone.com), an online plush toy store run from Puchong, Selangor, Malaysia. By placing an order you agree to them, so please read them before you buy. How we handle your personal data is explained in our Privacy Policy.
2Your order
Your order is confirmed once payment is successful and you receive our order confirmation email.
Occasionally we may need to cancel an order, for example if an item has just sold out, a price was shown wrongly, or a payment looks fraudulent. If this happens we will tell you and refund you in full.
Please check your order details, delivery address and phone number before you pay.
3Prices and payment
All prices are in Malaysian Ringgit (RM). Delivery charges are shown at checkout before you pay.
Payments are processed securely by Billplz using FPX online banking, debit and credit cards, DuitNow QR and other methods shown at checkout. We never see or store your card or online banking details.
If a price is clearly wrong because of a mistake, we will contact you before sending the order. You can then pay the correct price or cancel for a full refund.
4Delivery and self pickup
Where: we deliver to every state in Malaysia, including Sabah, Sarawak and Labuan. We don’t ship outside Malaysia.
Same-day and next-day (Klang Valley): available for the postcodes shown at checkout. Orders paid before the cut-off time shown at checkout arrive the same day before the time stated; later orders go out on the next delivery day. Times are estimates and may change on public holidays or during very bad weather or traffic.
Standard delivery: once your parcel is shipped, it usually arrives in 1–3 working days in Peninsular Malaysia and 2–5 working days in Sabah, Sarawak and Labuan. We send you the tracking number by email.
Free standard delivery: for Peninsular Malaysia when your products total reaches the amount shown on the site (currently RM100) after discounts. Points used at checkout don’t reduce this total. Same-day delivery is still charged.
Self pickup: collect your order from our Puchong store during opening hours once we tell you it’s ready. Please bring your order number.
Please make sure someone can receive the parcel. If a delivery fails because the address or phone number is wrong, or nobody is available, a re-delivery fee (at cost) may apply.
Larger plush toys may be vacuum-packed. Unpack and fluff them for a few hours to get back their full size.
5Changing or cancelling an order
You can change or cancel your order free of charge as long as it hasn’t been packed or sent out yet. WhatsApp or email us with your order number.
If you cancel in time, we refund you in full, including the delivery charge.
Once an order has been packed, shipped or handed to a rider, it can’t be cancelled. If something is wrong with it, see “Damaged, wrong or missing items”.
6Damaged, wrong or missing items
If your item arrives damaged, is not what you ordered, or something is missing, contact us within 3 days of receiving it.
Please send your order number and an unboxing video or clear photos of the item and the packaging.
Once confirmed, we will send a replacement or give you a refund, including the delivery charge for that item. If we need the item back, we will arrange and pay for the return.
7Change of mind
We don’t accept returns for change of mind, so please check the size and colour before ordering.
Sizes are measured from head to feet with the plush standing and may differ by about 3–5 cm, because each plush is filled and sewn by hand. Colours may look slightly different on your screen.
This does not affect your rights under Malaysian consumer law.
8Refunds
Approved refunds go back to your original payment method within 7–10 working days. Your bank may take a few extra days to show it.
Points you used on a refunded or cancelled order are returned to your account. Points you earned on that order are removed.
9Gifts and gift notes
To send a gift, enter the recipient’s name and address as the delivery address and write your message in the gift note.
We include your message as written. Please keep it friendly: we may leave out notes that are offensive.
Gift wrapping isn’t available.
10PlushieeZone Rewards (points)
Members earn and use points as explained on our Rewards page. Earning rates, minimums and expiry are shown there and at checkout.
Points have no cash value, can’t be exchanged for cash and can’t be transferred to another person.
We may adjust or remove points that were earned by mistake, by fraud or on orders that were refunded or cancelled.
We may change or end the Rewards programme. If we do, we will give notice on this site, and points already in your account will stay usable for a reasonable time.
11Reviews and photos
Only customers who bought a product can review it. Reviews should be honest and about the product.
By posting a review or photo, you allow us to show it on our website and social media.
We may remove reviews that are offensive, contain personal details or are not about the product. Review points are given once per product when the review is approved.
12Promotions and coupons
Coupons and promotions follow the rules shown with them, including dates and minimum spend.
Unless stated otherwise, only one coupon can be used per order. Coupons can’t be exchanged for cash.
We may end a promotion early if there is a mistake or misuse.
13Products and safety
Photos are as accurate as we can make them, but small differences in colour, size or detail can happen.
Some plush toys have small parts such as eyes or accessories. Always supervise babies and young children.
Brand names and characters shown on some products belong to their owners.
14Our responsibility
We are responsible for delivering what you ordered, in good condition, as described on our site.
We are not responsible for delays caused by things outside our control, such as floods, courier disruption or system outages. We will keep you updated, and if your order hasn’t been sent yet you can cancel it for a full refund.
Nothing in these terms limits your rights under the Consumer Protection Act 1999 or any liability that cannot be limited by law.
15Governing law
These terms are governed by the laws of Malaysia. If we can’t settle a problem together, you can contact the Tribunal for Consumer Claims Malaysia or the Malaysian courts.
16Changes to these terms
We may update these terms from time to time. The version on this page when you place your order applies to that order. The “Updated” date shows the latest version.
Terma & Syarat PlushieeZone · Dikemas kini 15 October 2026
1Mengenai terma ini
Terma ini terpakai apabila anda membeli di PlushieeZone (plushieezone.com), kedai patung lembut dalam talian yang beroperasi dari Puchong, Selangor, Malaysia. Dengan membuat pesanan, anda bersetuju dengan terma ini, jadi sila baca sebelum membeli. Cara kami mengurus data peribadi anda diterangkan dalam Notis Privasi kami.
2Pesanan anda
Pesanan anda disahkan apabila bayaran berjaya dan anda menerima emel pengesahan pesanan daripada kami.
Sekali-sekala kami mungkin perlu membatalkan pesanan, contohnya jika barang baru habis stok, harga tersilap dipaparkan, atau bayaran kelihatan seperti penipuan. Jika berlaku, kami akan memaklumkan anda dan membuat bayaran balik penuh.
Sila semak butiran pesanan, alamat penghantaran dan nombor telefon sebelum membayar.
3Harga dan bayaran
Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Caj penghantaran dipaparkan di checkout sebelum anda membayar.
Bayaran diproses dengan selamat oleh Billplz melalui FPX perbankan dalam talian, kad debit dan kredit, DuitNow QR dan kaedah lain yang dipaparkan di checkout. Kami tidak melihat atau menyimpan maklumat kad atau perbankan dalam talian anda.
Jika harga jelas tersilap kerana kesilapan, kami akan menghubungi anda sebelum menghantar pesanan. Anda boleh membayar harga yang betul atau membatalkan dengan bayaran balik penuh.
4Penghantaran dan ambil sendiri
Kawasan: kami menghantar ke semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Kami tidak menghantar ke luar negara.
Hari yang sama dan hari berikutnya (Lembah Klang): untuk poskod yang dipaparkan di checkout. Pesanan yang dibayar sebelum masa tutup yang dipaparkan di checkout tiba pada hari yang sama sebelum masa yang dinyatakan; pesanan selepas itu dihantar pada hari penghantaran berikutnya. Masa ini anggaran dan mungkin berubah pada cuti umum atau ketika cuaca atau trafik sangat buruk.
Penghantaran biasa: selepas bungkusan dihantar, ia biasanya tiba dalam 1–3 hari bekerja di Semenanjung Malaysia dan 2–5 hari bekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan. Kami akan emel nombor penjejakan kepada anda.
Penghantaran biasa percuma: untuk Semenanjung Malaysia apabila jumlah produk mencapai jumlah yang dipaparkan di laman (kini RM100) selepas diskaun. Mata yang digunakan di checkout tidak mengurangkan jumlah ini. Penghantaran hari yang sama masih dikenakan caj.
Ambil sendiri: ambil pesanan di kedai kami di Puchong dalam waktu operasi selepas kami maklumkan ia sudah siap. Sila bawa nombor pesanan anda.
Pastikan ada orang untuk menerima bungkusan. Jika penghantaran gagal kerana alamat atau nombor telefon salah, atau tiada orang di rumah, caj penghantaran semula (mengikut kos) mungkin dikenakan.
Patung besar mungkin dibungkus vakum. Keluarkan dan tepuk-tepuk selama beberapa jam supaya kembali ke saiz asal.
5Menukar atau membatalkan pesanan
Anda boleh menukar atau membatalkan pesanan tanpa sebarang caj selagi ia belum dibungkus atau dihantar. WhatsApp atau emel kami dengan nombor pesanan anda.
Jika dibatalkan pada masanya, kami membuat bayaran balik penuh, termasuk caj penghantaran.
Selepas pesanan dibungkus, dihantar atau diserahkan kepada rider, ia tidak boleh dibatalkan. Jika ada masalah, lihat “Barang rosak, salah atau tidak lengkap”.
6Barang rosak, salah atau tidak lengkap
Jika barang tiba dalam keadaan rosak, bukan seperti yang dipesan, atau ada yang hilang, hubungi kami dalam masa 3 hari selepas menerimanya.
Sila hantar nombor pesanan dan video unboxing atau gambar yang jelas bagi barang dan bungkusannya.
Selepas disahkan, kami akan menghantar ganti atau membuat bayaran balik, termasuk caj penghantaran bagi barang tersebut. Jika kami perlukan barang itu dipulangkan, kami akan menguruskan dan menanggung kosnya.
7Tukar fikiran
Kami tidak menerima pemulangan kerana tukar fikiran, jadi sila semak saiz dan warna sebelum membuat pesanan.
Saiz diukur dari kepala ke kaki dengan patung berdiri dan mungkin berbeza kira-kira 3–5 cm kerana setiap patung diisi dan dijahit dengan tangan. Warna mungkin kelihatan sedikit berbeza pada skrin anda.
Ini tidak menjejaskan hak anda di bawah undang-undang pengguna Malaysia.
8Bayaran balik
Bayaran balik yang diluluskan dikembalikan ke kaedah bayaran asal dalam masa 7–10 hari bekerja. Bank anda mungkin mengambil beberapa hari lagi untuk memaparkannya.
Mata yang digunakan untuk pesanan yang dibatalkan atau dibayar balik akan dikembalikan ke akaun anda. Mata yang diperoleh daripada pesanan itu akan ditarik balik.
9Hadiah dan nota hadiah
Untuk menghantar hadiah, masukkan nama dan alamat penerima sebagai alamat penghantaran dan tulis mesej anda dalam nota hadiah.
Kami sertakan mesej anda seperti yang ditulis. Sila pastikan ia mesra: kami mungkin tidak menyertakan nota yang menyinggung.
Balutan hadiah tidak disediakan.
10PlushieeZone Rewards (mata)
Ahli mendapat dan menggunakan mata seperti yang diterangkan di halaman Rewards. Kadar, minimum dan tarikh luput dipaparkan di sana dan di checkout.
Mata tiada nilai tunai, tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.
Kami boleh melaraskan atau menarik balik mata yang diperoleh secara tersilap, melalui penipuan, atau daripada pesanan yang dibatalkan atau dibayar balik.
Kami boleh mengubah atau menamatkan program Rewards. Jika berlaku, kami akan memaklumkan di laman ini, dan mata sedia ada boleh digunakan untuk tempoh yang munasabah.
11Ulasan dan gambar
Hanya pelanggan yang membeli produk boleh mengulasnya. Ulasan perlu jujur dan berkaitan produk.
Dengan menghantar ulasan atau gambar, anda membenarkan kami memaparkannya di laman web dan media sosial kami.
Kami boleh membuang ulasan yang menyinggung, mengandungi maklumat peribadi atau tidak berkaitan produk. Mata ulasan diberi sekali bagi setiap produk apabila ulasan diluluskan.
12Promosi dan kupon
Kupon dan promosi tertakluk kepada syarat yang dipaparkan bersamanya, termasuk tarikh dan belanja minimum.
Kecuali dinyatakan, hanya satu kupon boleh digunakan bagi setiap pesanan. Kupon tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Kami boleh menamatkan promosi lebih awal jika berlaku kesilapan atau penyalahgunaan.
13Produk dan keselamatan
Gambar seboleh mungkin tepat, tetapi sedikit perbezaan warna, saiz atau butiran boleh berlaku.
Sesetengah patung ada bahagian kecil seperti mata atau aksesori. Sentiasa awasi bayi dan kanak-kanak kecil.
Nama jenama dan watak pada sesetengah produk adalah milik pemiliknya.
14Tanggungjawab kami
Kami bertanggungjawab menghantar apa yang anda pesan, dalam keadaan baik, seperti yang diterangkan di laman kami.
Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan akibat perkara di luar kawalan kami, seperti banjir, gangguan kurier atau kerosakan sistem. Kami akan memaklumkan perkembangan, dan jika pesanan belum dihantar, anda boleh membatalkannya dengan bayaran balik penuh.
Tiada apa-apa dalam terma ini mengehadkan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau sebarang liabiliti yang tidak boleh dihadkan oleh undang-undang.
15Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah bersama, anda boleh menghubungi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau mahkamah Malaysia.
16Perubahan pada terma ini
Kami mungkin mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Versi di halaman ini ketika anda membuat pesanan terpakai untuk pesanan tersebut. Tarikh “Dikemas kini” menunjukkan versi terkini.